29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis kesan pemandu, individu keluar kepala di ‘sunroof’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan pemandu dan individu yang mengeluarkan kepalanya melalui cermin tembus cahaya secara berbahaya di Jalan Datuk Wan Halim, Kota Bharu yang tular di media sosial.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Bharu, Mohd. Rosdi Daud berkata, tarikh dan masa kejadian dalam video berdurasi 16 dan 11 saat itu berlaku tidak dapat dipastikan.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 47, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Perbuatan pelaku dan pemandu yang membenarkannya berdiri dengan apa-apa cara dan keadaan sehingga mengganggu pemandu daripada mengawal kenderaan itu atau hingga menyebabkan bahaya kepada orang lain yang menggunakan jalan raya.

Advertisements

“Kedua-dua pelaku dan pemandu turut diminta tampil ke IPD Kota Bharu atau mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kegiatan tidak bermoral itu perlu dihentikan serta-merta kerana boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain serta mengganggu ketenteraman awam.

“Pihak Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan segera kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kota Bharu untuk tindakan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan