32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Jentera Bersatu diperkuat hadapi PRN

Bersatu bersama Perikatan Nasional (PN) juga melahirkan keyakinan tinggi untuk memperoleh kemenangan besar dalam PRN itu nanti.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JENTERA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah diperkuat dan diperkemaskan agar menjadi satu ketumbukan yang ampuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Serentak itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menzahirkan keyakinan bahawa parti itu telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRN.

“Bersatu bersama Perikatan Nasional (PN) juga melahirkan keyakinan tinggi untuk memperoleh kemenangan besar dalam PRN itu nanti dengan mempertahankan Kelantan, Terengganu serta Kedah.

“Kami akan bekerja kuat bagi menawan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Hamzah berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi.

Sehubungan itu, menurutnya, Majlis Pimpinan Tinggi bersetuju pemilihan bahagian dan MPT kecuali cawangan ditangguhkan tidak lebih daripada tempoh 18 bulan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Bersatu fasal 14.15.

Sementara itu, Hamzah berkata, orang ramai dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka PN yang akan berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, pada 21 Mei ini.

Katanya, majlis itu akan bermula pukul 8 malam hingga 11 malam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan