25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Sheikh Jassim kemuka tawaran akhir beli United

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUTAWAN Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al-Thani mengemukakan bidaan terakhir kepada keluarga Glazer untuk membeli kelab gergasi Inggeris, Manchester United.

Tawaran ‘terima atau lupakan’ itu adalah lebih baik berbanding bidaan sebelum ini dan dilihat cuba menewaskan saingan jutawan petrokimia, Sir Jim Ratcliffe.

Pengerusi syarikat gergasi, Ineos berbangsa Inggeris itu sebelum ini berada di kedudukan terbaik untuk menjadi pemilik baharu Red Devils selepas mengemukakan tawaran tertinggi dengan pemilikan bukan 100 peratus.

Ratcliffe turut menawarkan peluang kepada pengerusi eksekutif bersama, Joel dan Avram Glazer kekal dengan pegangan saham kecil sebelum melepaskannya dalam tempoh dua hingga empat tahun.

Keputusan pembida terpilih sepatutnya diketahui minggu lalu memandangkan United memerlukan dana untuk memperkukuhkan pasukan apabila jendela perpindahan dibuka bulan depan.

Advertisements

Namun, perbincangan masih berlangsung sehingga semalam apabila Sheikh Jassim kembali dengan tawaran baharu bagi memiliki kelab tersebut.

Tawaran baharu jutawan Qatar itu dipercayai lebih tinggi namun masih tidak mampu mengejar bidaan Ratcliffe.

Beliau turut menawarkan untuk menyelesaikan hutang United yang dianggarkan RM3.02 bilion, memberikan dana untuk memperkuatkan pasukan serta menaik taraf atau membina semula Old Trafford.

Perkembangan ini pastinya diikuti rapat Ratcliffe yang tidak mahu kehilangan peluang untuk memiliki kelab yang diminati jutawan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan