27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Polis rampas 7.4kg ganja di Ipoh

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Perak berjaya merampas dadah dipercayai jenis ganja seberat 7.4 kilogram (kg) dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Rokam, Ipoh semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, susulan serbuan polis telah menahan seorang lelaki Melayu berumur 39 tahun kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di negeri itu.

Katanya, selain ganja, polis turut menemukan anak benih disyaki pokok ganja dan cecari ganja seberat 90 mililiter (ml) dengan anggaran keseluruhan rampasan RM25,547.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC. Suspek juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak telah menyita tiga kenderaan, lapan jan tangan, seutas rantai, dua gelang tangan dan wang tunai berjumlah RM150,000,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau berkata, anggaran keseluruhan nilai harta yang disita adalah sebanyak RM699,182.

Sementara itu, beliau berkata, susulan penangkapan suspek pertama, polis melakukan serbuan kedua semalam di Taman Sri Rokam, Ipoh.

Katanya, susulan itu, polis menahan seorang lelaki Melayu berumur 52 tahun kerana menyimpan ketulan mampat dipercayai ganja dengan berat 400 gram yang dianggarkan bernilai RM400.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas adalah RM25,947 sementara saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC.

“Kedua-dua suspek dipercayai mula aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak 2021. Dadah yang dirampas untuk pasaran Perak dan boleh digunakan seramai 3,000 penagih,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan