27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Everton bakal disaman RM1.69 bilion

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

EVERTON berdepan kemungkinan disaman oleh kelab-kelab yang berada di zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) jika mereka berjaya mengelak daripada penurunan divisyen.

Menurut laporan Mail Sport, kelab seperti Southampton, Leicester City, Leeds United, Notthingham Forest dan Burnley telah memaklumkan kepada EPL bahawa mereka berhak mendapat pampasan jika Everton disahkan bersalah melanggar syarat perbelanjaan kelab.

Kelab-kelab tersebut difahamkan mahu tindakan disiplin ke atas Everton termasuk penolakan mata diambil segera kerana mahu tindakan itu dilaksanakan dalam musim ini.

Namun, permintaan itu ditolak suruhanjaya yang dilantik EPL menyebabkan kelab-kelab tersebut berhasrat meneruskan tindakan undang-undang.

Advertisements

Dengan lima kelab menyatakan bantahan, jumlah RM1.69 bilion itu hanya akan dituntut oleh tiga kelab yang tersingkir termasuk Southampton yang telahpun sah mengalami penuruan divisyen.

Burnley yang akan kembali ke EPL selepas semusim di Liga Kejohanan akan memohon tuntutan berasingan kerana tidak gembira dengan cara mereka tersingkir musim lalu.

Difahamkan tuntukan RM1.69 bilion itu akan dibahagi kepada tiga kelab dengan masing-masing menerima sekitar RM563.8 juta selepas mereka kerugian jumlah yang sama susulan penurunan divisyen.

Dengan berbaki dua perlawanan, Leeds dan Leicester berada dalam zon penyingkiran, Everton pula satu mata di atas tiga kelompok terbawah sementara Forest dua mata di atas mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan