25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Mohamad Sabu dianugerahkan ‘Medal of Spiritual Unity’

Lawatan kerja ke Persekutuan Rusia adalah selaras dengan penyertaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke 14th International Economic Forum “Russia-Islamic World: KazanForum" 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu telah dianugerahkan Medal of Spiritual Unity oleh Mufti Besar Rusia, Ravil Gaynutdin yang juga merupakan Pengerusi Muslim Spiritual Board, Persekutuan Rusia.

Anugerah berkenaan telah disampaikan di Grand Cathedral Mosque, Moscow semasa lawatan rasmi Mohamad dan delegasi kementerian ke Rusia.

Lawatan tersebut adalah atas usaha meningkatkan perpaduan ummah sekaligus memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Rusia dalam pelbagai bidang terutamanya di pertanian, keterjaminan makanan dan potensi kerjasama industri halal.

Mohamad kini dalam rangka lawatan kerja ke Rusia bermula pada 15 hingga 23 Mei 2023.

Lawatan kerja ke Persekutuan Rusia adalah selaras dengan penyertaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke 14th International Economic Forum Russia-Islamic World: KazanForum” 2023.

KazanForum merupakan acara antarabangsa yang dianjurkan oleh Kerajaan Rusia melalui Kerajaan Republik Tatarstan sejak tahun 2009 sebagai platform bagi memperkukuhkan kerjasama antara Rusia dengan negara-negara Islam.

Sebagai pengiktirafan, pada tahun 2022 Presiden Rusia telah menaik taraf KazanForum sebagai acara tahunan utama peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Rusia melibatkan anggota negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Advertisements

Antara program utama di bawah KazanForum 2023 ialah Ekspo Halal Rusia 2023 yang melibatkan pameran dan promosi produk makanan halal di Rusia.

Melalui ekspo ini, Malaysia boleh meneroka potensi dan peluang mempromosikan buah-buahan tropika yang sedia dieksport serta memperkenalkan produk makanan halal bukan sahaja kepada Rusia malah kepada negara-negara OIC yang turut menyertai KazanForum 2023.

Semasa di KazanForum 2023, Mohamad akan menyampaikan ucapan pada sesi meja bulat Malaysia dan Rusia bagi memberikan gambaran dan menyatakan wawasan sektor pertanian dan keterjaminan makanan Malaysia.

Di samping itu, akan menyampaikan ucaptama pada sesi plenari forum tersebut dengan tema Teras Ekonomi: Kerjasama antara Rusia dan negara-negara OIC.

Dalam rangka lawatan kerja ini, Mohamad telah dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau iaitu TYT Dmitry N. Patrushev, Menteri Pertanian Rusia di Moscow dan juga mesyuarat dua hala dengan TYT Marat Zyabbarov Menteri Pertanian dan Makanan Republik Tatarstan di Kazan bagi membincangkan kerjasama pertanian antara Malaysia dan Rusia dengan mengutamakan akses pasaran produk pertanian Malaysia ke Rusia.

Lawatan kerja turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), pegawai-pegawai kanan KPKM serta pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan