25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Sabitzer terpaksa diketepikan hingga akhir musim

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN tengah Manchester United, Marcel Sabitzer terpaksa diketepikan sehingga akhir musim ini susulan kecederaan lutut yang dialaminya ketika menentang West Ham pada 8 Mei lalu.

United menerusi kenyataan berkata, Sabitzer yang menyertai kelab itu secara pinjaman dari Bayern Munich terlepas aksi Red Devils ketika menumpaskan Wolves 2-0 Sabtu lalu.

“Sabitzer mengalami kecederaan miniskus (lutut) yang menyebabkannya diketepikan sehingga akhir musim ini.

“Sabitzer memainkan peranan penting dalam separuh musim kedua kempen 2022-23 menerusi 19 penampilan dan menjaringkan tiga gol. Kami mengucapkan semoga Sabitzer cepat pulih,” katanya hari ini.

Advertisements

Pemain antarabangsa Austria berusia 29 itu memenangi trofi Piala Liga Carabao sepanjang lima bulan bersama United.

Dalam pada itu, United berkata, kehilangan khidmat pemain tengah itu amat dirasai terutama dalam mengharungi baki kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dan final Piala FA.

“Semua orang di kelab kecewa kehilangan khidmat Sabitzer dengan kami memburu penamat terbaik musim ini di EPL dan Piala FA. Kami amat menghargai sumbangannya kepada apa yang dicapai kelab ketika ini,” ujarnya.

Dalam pada United turut memaklumkan beberapa pemain termasuk Christian Eriksen, Rafael Varane dan Alejandro Garnacho sudah kembali beraksi selepas mengalami kecederaan sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan