31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pochettino pengurus baharu Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAURICIO Pochettino diumumkan sebagai pengurus baharu Chelsea berkuat kuasa 1 Julai depan dengan kontrak dua tahun bersama opsyen lanjutan setahun.

Bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG) berusia 51 tahun itu dilantik bagi menggantikan Graham Potter yang dipecat pada 3 April lalu, hanya selepas enam bulan dilantik memegang jawatan tersebut.

Pengarah Sukan Bersama Chelsea, Laurence Stewart dan Paul Winstanley berkata, pengalaman luas dan mentaliti juara yang dimiliki Pochettino antara kriteria yang diperlukan sebagai pengurus kelab London itu.

“Pengalaman Mauricio (Pochettino), kecemerlangan, kualiti ketokohan dan karekter yang dimilikinya nampu membawa Chelsea maju ke hadapan.

“Beliau merupakan jurulatih juara, yang pernah berpengalaman di level tertinggi, dalam pelbagai liga dan bahasa. Etika, penerapan taktikal dan komitmen dalam semua aspek pembangunan membuatkannya calon yang hebat,” katanya menerusi laman web rasmi kelab hari ini.

Beberapa staf kejurulatihan Pochettino bakal mengikuti pengurus berbangsa Argentina itu ke Cobham termasuk Jesus Perez, Miguel d’Agostino, Toni Jimenez and Sebastiano Pochettino.

Sementara itu, pemilik kelab, Todd Boehly, Behdad Eghbali, José E. Feliciano, Mark Walter dan Hansjörg Wyss menerusi kenyataan bersama berkata, mereka berbangga Pochettino bersetuju membimbing The Blues.

“Kami berbangga Pochettino sertai Chelsea. Beliau merupakan pengurus bertaraf dunia dengan rekod yang menakjubkan.

“Kami bersedia berkerja bersamanya,” katanya.

Pochettino merupakan pengurus yang menerapkan corak permainan bertenaga dan menarik serta mempunya reputasi hebat dalam membentuk pemain muda dan membantu pemain mencapai potensi sebenar.

Bekas pengendali Tottenham Hotspurs itu turut berpengalaman melatih di beberapa negara termasuk Sepanyol dan Perancis.

Kali terakhir beliau menguruskan kelab adalah bersama PSG dan berjaya menjuarai Ligue 1 serta Coupe de France. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan