34.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 1, 2023

Rashford rangkul dua anugerah United

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MARCUS Rashford dinamakan sebagai pemain terbaik Manchester United bagi musim 2022-23.

Penyerang antarabangsa England itu menjaringkan 30 gol dalam 55 penampilan musim ini dengan persembahan konsisten sepanjang musim.

Pemain berusia 25 tahun itu turut memenangi anugerah pemain terbaik pilihan pemain dalam majlis anugerah yang diadakan pada malam tadi.

Ini merupakan antara musim terbaik dinikmati Rashford selepas berjaya menembusi skuad utama daripada akademi dan kini penyerang itu telah menjaringkan sebanyak 123 gol secara keseluruhan.

Untuk rekod, Rashford menjadi graduan akademi pertama memenangi anugerah Sir Matt Busby itu sejak Rayan Giggs pada 1998.

“Ini merupakan satu yang membanggakan, sudah lama pemain akademi tidak memenangi anugerah ini, jadi saya rasa sanggat bangga.

“Saya harap akan lebih ramai produk akademi yang akan memenangi anugerah ini dan rasa apa yang saya rasakan ketika ini,” kata Rashford dalam ucapannya selepas menerima trofi.

United mengintai kejuaraan berganda musim ini selepas memenangi Piala Liga Carabao awal tahun ini.

Red Devils bakal menentang musuh tempat, Manchester City untuk perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley, Sabtu ini. – Edisi 9

Terkini

Lapan penumpang berdepan detik cemas, bas Rapid KL terbakar

LAPAN penumpang berdepan detik mencemaskan apabila bas Rapid KL yang mereka naiki terbakar di Jalan Tandang, Petaling Jaya, sebelum pemandunya sempat memberhentikan bas...

Lagi Artikel Berkaitan