29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

FAM sedia panggil Luqman, Laine perkuat skuad AFF B-23

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) bercadang memanggil dua pemain muda yang berkelana di Eropah, Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine bagi memperkuatkan skuad negara menjelang Kejohanan AFF B-23, Ogos depan. 

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, peluang membawa kedua-dua pemain itu beraksi di kejohanan yang akan diadakan di Thailand itu sukar kerana dianjurkan di luar kalender Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya mereka tidak mendapat pelepasan kelab masing-masing, FAM akan mencuba untuk mendapatkan mereka bagi pusingan kelayakan Piala AFC B-23 pada September depan.

“Kejohanan AFF B-23 ini selalunya adalah persiapan untuk pusingan kelayakan Piala AFC kerana selepas kejohanan itu, kami akan ke Bangkok juga bagi pusingan kelayakan terakhir berkenaan.

“Kami telah mengadakan mesyuarat dengan jurulatih Elavarasan dan kali ini, dia perlu memastikan pasukan ini mara lebih jauh.

“Tetapi perlu diingat, Kejohanan AFF B-23 ini bukan dalam kalendar FIFA, jadi mungkin ada ramai pemain tidak dapat digunakan kerana ada yang terlibat dengan Liga Super atau Piala Malaysia ketika itu,” katanya dipetika dari Astro Arena.

Advertisements

Luqman Hakim kini beraksi bersama kelan Iceland, Njardvik FC di Iceland manakala Laine pula sedang menyarung jersi SJK Akatemia di Finland.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bagi Kejohanan AFF B-23 bersama juara Sukan SEA, Indonesia, dan Timor Leste.

Sementara itu, Hamidin berkata, kelayakan Piala AFC menjadi keutamaan kerana hanya pasukan terbaik yang akan layak ke kejohanan tersebut.

“Selepas itu, akan ada kelayakan Piala AFC B-23, itu lebih mustahak, di mana kita diletakkan dalam Kumpulan H bersama Thailand, Bangladesh dan Filipina, dan hanya pasukan terbaik dan empat pasukan di tangga kedua terbaik akan layak ke kejohanan utama tahun depan.

“Ini lebih mustahak kerana berada dalam kalendar FIFA,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan