30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Wisma Putra ucap tahniah kepada Erdogan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar Negara (KLN) mengucapkan tahniah kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan selepas dipilih semula menjawat jawatan tersebut untuk tempoh lima tahun lagi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kemenangan Erdogan akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan atas pemilihan semula sebagai Presiden Turkiye.

“Hubungan mantap yang terjalin selama ini pastinya mengukuhkan lagi hubungan dua negara bersahabat.

Advertisements

“Wisma Putra sentiasa menghargai hubungan istimewa dengan Turkiye,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Erdogan berjaya memenangi pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Turkiye semalam sekali gus kekal memerintah negara itu untuk tempoh satu penggal lagi.

Pemimpin berusia 69 tahun itu mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2014 selepas mengatasi pencabarnya, Kemal Kilicdaroglu selepas 99 peratus undi selesai dikira Majlis Pilihan Raya (YSK).

YSK mengesahkan, hasil kiraan menunjukkan Erdogan memperoleh 52.14 peratus undi sementara Kilicdaroglu mendapat 47.86 peratus undian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan