24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Program Prihatin Rakyat bantu golongan B40 bina kehidupan

Bagi pelan jangka panjang pula, Program Prihatin Rakyat ini akan dilaksanakan di kawasan penanaman seluas 2,000 hektar melibatkan 500 keluarga komuniti luar bandar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Prihatin Rakyat yang dilaksanakan bagi membantu golongan B40 diyakini mampu membina semula kehidupan ramai penduduk dengan menjadikan penanaman kenaf sebagai sumber pendapatan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau juga percaya program sebegini dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat sekali gus membantu membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Menurutnya, pelbagai inisiatif dijalankan bagi terus membantu golongan B40 khusunya penduduk luar bandar supaya tidak ketinggalan dan mampu bersaing dengan golongan lain.

“Antaranya Program Prihatin Rakyat hasil inisiatif Kelab Kebajikan Komuniti Bintulu yang diketuai oleh Penaungnya Ahli Dewan Negara, Senator Jaziri Alkaf Abdillah.

“Projek berkenaan dilaksanakan bagi membantu kumpulan B40 membina semula kehidupan setelah terjejas teruk akibat wabak COVID-19.

“Alhamdulilllah semalam saya dijemput untuk melancarkan Majlis Penanaman Kenaf di Rumah Panjang Sam anak Sumbang di Sungai Mas, Bintulu, Sarawak,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Katanya, beliau dimaklumkan projek ini adalah sebahagian daripada Program Prihatin Rakyat melibatkan penduduk luar bandar khususnya kumpulan B40.

“Saya juga difahamkan projek perintis ini melibatkan kawasan seluas 50 hektar dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

Muhyiddin berkata, bagi pelan jangka panjang pula, Program Prihatin Rakyat ini akan dilaksanakan di kawasan penanaman seluas 2,000 hektar melibatkan 500 keluarga komuniti luar bandar.

“Saya gembira apabila mendapat tahu para peserta yang kebanyakan adalah daripada kumpulan B40 boleh menjana pendapatan sehingga RM1,500 sebulan.

“Bagi yang mempunyai tanah sendiri seluas 1.5 hektar pula pendapatan mereka boleh mencecah sehingga RM3,000 dalam tempoh 45 hari,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berterima kasih kepada LKTN yang banyak membantu seperti membekalkan biji benih, memantau tanaman serta memasarkannya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan