31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Raja Arshad dilantik Pengerusi PNB baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) melantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu berkuat kuasa 1 Jun ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, beliau merupakan Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad, Icon Offshore Berhad dan Bumi Armada Berhad. 

Katanya, Raja Arshad juga merupakan bekas pengarah Maxis Berhad dan Khazanah Nasional Berhad.

“Lembaga Pengarah dan warga PNB berbesar hati mengalu-alukan Raja Tan Sri Arshad ke Lembaga Pengarah PNB, membawa bersama-sama pengalaman luas beliau dalam pengawasan syarikat dan institusi. 

“Kami menantikan kepimpinan beliau seiring pelaksanaan pelan strategik PNB dan memenuhi mandat kami dalam meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Raja Arshad adalah bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia dan Pengerusi Pasukan Kepimpinan PwC Asia 7. 

Advertisements

Semasa krisis kewangan Asia 1997, Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi Danamodal Nasional Berhad, salah satu daripada tiga syarikat bertujuan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menguruskan krisis.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi pertama Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia. 

Di peringkat antarabangsa, beliau pernah menganggotai Standards Advisory Council kepada International Accounting Standards Board dan ahli Lembaga Global International Financial Reporting Standards (IFRS) PwC.

Dalam pada itu, beliau telah berkhidmat sebagai anggota Suruhanjaya Sekuriti ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi  dan Multimedia (SKMM) dan Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Raja Arshad terlibat secara aktif dengan beberapa institusi kebajikan termasuk Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Raja Muda Selangor dan Yayasan Amir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan