31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Aksi gelek: Penganjur Star Vendors perlu mohon maaf

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak pihak penganjur acara Star Vendors Foodstival Melaka 2023 membuat permohonan maaf susulan kontroversi aksi gelek mengghairahkan yang berlaku ketika penganjuran festival itu di Melaka, baru-baru ini.

Beliau berkata, pihak penganjur Star Vendors di MITC perlu bertanggungjawab dengan tindakan yang melampau dan tidak menjaga sensitiviti masyarakat negeri Melaka.

“Aktiviti murahan seperti ini tidak diperlukan dan perlu ditentang.

“Sehubungan dengan itu, kami mendesak agar permohonan maaf dari pihak penganjur dan penganjur perlu di haramkan untuk mengadakan sebarang anjuran acara di dalam negeri Melaka!,” ujar beliau yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

Sementara itu, teguran Exco terbabit turut mendapat sokongan daripada warganet.

Rafa’ah Mohamad berkata, dia sedih melihat keadaan seperti itu tetapi tidak berani untuk untuk memberi komen yang lebih.

“Tapi sebagai anak jati Melaka situasi macam ini sangat menyedihkan. Semoga Allah memberi hidayah buat mereka dan buat kita semua,”katanya.

Bagi Suhaila Yusof, acara sedemikian memalukan orang Melaka kerana langsung tidak berhemah.

“Allahuakbar… Berapa agaknya vendor itu dapat habuan ya. Terbaik YB,”katanya.

Terdahulu tular di laman sosial memaparkan seorang pempengaruh bersama dua individu lain menyampaikan lagu dangdut dan memperagakan aksi gelek.

Aksi mengghairahkan itu dikatakan berlaku ketika acara Starvendors Foodstival Melaka 2023 yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu di MITC Ayer Keroh. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan