29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

PNB umum agihan pendapatan ASB 4.6 sen, bonus 1.25 sen

PNB telah memberi agihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang unit ASB, termasuk bonus tambahan pada tahun ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 3.35 sen seunit dengan bonus sebanyak 1.25 sen seunit serta bonus tambahan 0.50 sen seunit bagi 30,000 unit pertama.

Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM8.9 bilion.

Pendapatan tersebut akan memanfaatkan sebanyak 10.6 juta pemegang unit yang memiliki 186.4 bilion unit dalam ASB.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria berkata, walaupun dalam keadaan pasaran yang sukar, PNB telah memberi agihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang unit ASB, termasuk bonus tambahan pada tahun ini.

Baca juga:   KPDNHEP bendung jual minyak masak dalam talian

“Bonus tambahan itu adalah untuk membantu pemegang unit kami berhadapan dengan tekanan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tahun lalu, agihan pendapatan adalah 4.25 sen dan bonus sebanyak 0.75 sen.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, ASB terus memberikan pulangan yang mampan dan kompetitif mengatasi penanda aras kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.

Menurutnya, jumlah bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.6 juta akaun, manakala unit dalam edaran meningkat sebanyak 4.6 bilion atau 2.53 peratus kepada 186.4 bilion unit.

“Tahun ini, syarikat-syarikat Malaysia muncul sebagai penyumbang terbesar kepada pulangan, didorong oleh pelaburan ASB dalam sektor perkhidmatan kewangan, perladangan dan penjagaan kesihatan.

Baca juga:   Fitnah: Anwar saman MB Kedah

“ASB memanfaatkan prestasi pasaran ekuiti domestik yang agak kukuh pada separuh pertama 2022 untuk meraih keuntungan, mengimbangi semula portfolio dan meningkatkan pegangan tunainya,” jelasnya.

Sehingga bulan November lalu, Jumlah Aset di Bawah Pengurusan (AUM) PNB meningkat kepad RM343.1 bilion berbanding RM336.7 bilion manakala unit dalam edaran meningkat daripada 276.2 bilion unit kepada 283.2 bilion unit.

Jumlah pemegang akaun bagi kesemua 17 dana bertambah kepada 15.2 juta daripada 14.8 juta pada tahun 2021. 

-EDISI9

Wartawan

Terkini

PM ucap takziah kepada keluarga mendiang Gopal Sri Ram

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga...

Lagi Artikel Berkaitan