25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kerajaan komited cari jalan atasi banjir di Pantai Timur

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN berusaha mencari jalan keluar berhubung banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung setiap kali Monsun Timur Laut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pada masa yang sama, beliau berkata, kerajaan turut berusaha meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

“Saya berada di Kelantan pagi ini untuk melihat sendiri situasi bencana banjir yang sedang berlaku serta susun atur pasukan bertugas di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Tentunya sukar situasi yang sedang menimpa rakyat hari ini, Kerajaan Perpaduan Malaysia komited terhadap usaha meringankan beban serta mencari jalan keluar terhadap permasalahan yang membelenggu ini, Insya-Allah,” katanya hari ini.

Dalam tinjauan tersebut, Saifuddin diberikan taklimat tentang situasi semasa banjir oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan melaksanakan projek tebatan banjir bagi menangani masalah banir di Kelantan bagi tempoh jangka panjang sehingga tahun 2100.

Advertisements

Beliau berkata, perancangan yang mengambil masa selama 78 tahun itu akan dilakukan secara berfasa.

“Projek tebatan banjir ini akan dilakukan secara berfasa di kawasan yang sering mengalami banjir dan limpahan hujan dan projek ini membabitkan peruntukan yang besar,” katanya.

Zahid berkata, antara pelan yang akan dilaksanakan termasuk menggali kuala atau muara sungai bagi mendalamkan kawasan sungai bagi memudahkan aliran air bergerak ke laut.

Semalam Saifuddin mengumumkan KDN memberi jaminan akan memudahkan proses permohonan dokumen pengenalan diri dan pasport yang hilang atau rosak bagi mangsa banjir.

“Buat masa sekarang keutamaan adalah nyawa dan harta benda, sekiranya keadaan banjir reda kementerian dan agensi di bawah KDN akan segerakan untuk dapatkan dokumen ganti tanpa sebarang caj,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan