27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Haaland pecah rekod jaringan terbanyak EPL

Jaringan ke-35 liga musim ini bantu City kembali ke puncak EPL mengatasi Arsenal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG prolifik Manchester City, Erling Haaland memecahkan rekod jaringan terbanyak semusim Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meledak gol ke-35 nya musim ini bagi membantu kelabnya menang 3-0 ke atas West Ham awal pagi tadi.

Lebih manis lagi, gol tersebut dijaringkan di hadapan penyokong sendiri dan juga gol kedua City sekali gus melepasi rekod yang dicatatkan Alan Shearer dan Andrew Cole.

Sebelum meninggalkan padang tamat perlawanan, Haaland menerima tepukan gemuruh penyokong di Stadium Etihad sementara rakan sepasukan berbaris memberikan penghormatan guard of honour kepada penyerang Norway itu.

Bercakap kepada Sky Sports selepas perlawanan, Haaland menyifatkan itu merupakan malam yang cukup istimewa dan berbangga dengan pencapaiannya.

“Malam dan detik yang istimewa. Saya sangat gembira dan berbangga terutama kemenangan ini cukup penting (buat kelab),” katanya.

Untuk rekod, ini merupakan gol ke-51 penyerang muda tersebut dalam semua kejohanan musim ini menghampiri rekod 65 gol yang dicipta Dixie Dean pada musim 1927-28.

Sementara itu, tiga mata penuh yang dikutip melonjakkan kembali City ke puncak liga mengatasi Arsenal dengan satu mata.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu masih beraksi kurang satu perlawanan berbanding Gunners yang telah beraksi 34 perlawanan EPL musim ini. – Edisi 9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan