29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Hadi jumpa Tun M, tandatangan Proklamasi Orang Melayu 

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PEMIMPIN PAS termasuk presiden parti itu Tan Sri Abdul Hadi Awang mendatangani ‘Proklamasi Orang Melayu’ yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perkara itu didedahkan pembantu Mahathir, Abu Bakar Yahya berkongsi foto pertemuan tersebut di Facebooknya hari ini.

Kata Abu Bakar, beberapa pemimpin parti dan juga Abdul Hadi mengadakan pertemuan dan telah pun menandatangani proklamasi berkenaan.

“Beberapa pimpinan tertinggi PAS yang diketuai oleh Tuan guru Hj Hadi Awang telah pun menandatangani menyokong proklamasi bangsa Melayu dihadapan Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya pada hantaran itu,

Dalam pada itu, Abdul Hadi melalui perkongsian video di Facebook rasmi Proklamasi Orang Melayu menyifatkan sokongan yang diberikan terhadap proklamasi berkenaan adalah sebagai kembali kepada prinsip asal perjuangan Islam.

Advertisements

“Ini kita balik kepada prinsip asal perjuangan Islam itu sendiri, kalau kita baca al-Quran kita dapati Rasul memulakan perjuangan Islam walaupun untuk seluruh manusia. Tonggaknya pada bangsa dan kaumnya.

“Kerana perjuangan memerlukan tonggak bangsa baharu ada kekuatan, kalau tidak, tidak ada kekuatan. Bukan kita fanatik kaum, tetapi itu asas,” kata Abdul Hadi.

Sementara itu sebuah portal, Malaydaily melaporkan, pertemuan itu berlangsung di kediaman Dr. Mahathir malam tadi.

Turut kelihatan bagi menyatakan sokongan adalah Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selain Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan