29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

EPL: Penalti Salah melegakan Liverpool

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

GOL Mohamed Salah melalui sepakan penalti untuk menghidupkan harapan tipis Liverpool untuk mara ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan dengan menewaskan Fulham 1-0 di Anfield, awal pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan Liverpool mencatat 59 mata, empat mata di belakang penghuni tangga keempat Manchester United yang berkelebihan dua perlawanan.

Fulham terlebih dulu menguji pintu gawang Liverpool menerusi Carlos Vinicius yang membuatkan Alisson Becker cemas daripada dibolosi pada minit ke-14.

Liverpool dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil sebelum babak pertama perlawanan berakhir apabila  bek tengah Fulham, Issa Diop didapati menjatuhkan Darwin Nunez.

Advertisements

Salah diberikan kepercayaan untuk mengambil sepakan berkenaan dan menyempurnakan tugasnya dengan baik untuk menewaskan Bernd Leno.

Untuk rekod, penyerang Egypt itu telah menjaringkan lapan gol dalam perlawanan berturut-turut di Anfield. 

Kemenangan itu juga merupakan kemenangan kelima berturut-turut buat Liverpool untuk kali pertama sejak April 2022.

Liverpool seterusnya akan melayan kunjungan Brentford pada Ahad ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan