32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Insiden tanah runtuh: KKR sedia tawar bantuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) bersedia untuk menawarkan bantuan dalam apa juga cara di bawah kapasiti, susulan kejadian tanah runtuh di pondok pengawal di Wisma YPR, Taman Seputeh, Kuala Lumpur, sehingga menyebabkan kematian awal pagi tadi.

Menteri, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, difahamkan, kejadian itu berlaku apabila tebing setinggi kira-kira enam meter menghempap pondok tempat mangsa bertugas, menyebabkannya tertimbus.

“Berdasarkan laporan awal, saya difahamkan premis itu adalah milik swasta dan berada di bawah penyelarasan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ia berdasarkan peruntukan Akta 133 Jalan Parit dan Bangunan serta beberapa undang-undang kecil berkaitan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Pada masa sama, Alexander turut menzahirkan simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat.

“Saya bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga pengawal keselamatan yang ditemui meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh berkenaan.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) berjaya menemui mayat mangsa pada kedalaman tiga meter pada 6.23 pagi tadi.

“KKR bersedia untuk menawarkan bantuan dalam apa juga cara di bawah kapasiti, sekiranya diminta pihak-pihak terbabit,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan