34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

ADUN Chukai terbabit kemalangan di LPT, alami cedera ringan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), petang Rabu.

Perkara ini dimaklumkan oleh ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong menerusi hantaran di Facebook yang memaklumkan keadaan Exco Kerajaan Terengganu berada dalam keadaan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Allahuakbar. Dikhabarkan sahabat ambe (saya) YB Hj Hanafiah Mat atau lebih mesra YBC, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Dan Keluarga dan Perpaduan Nasional merangkap ADUN Chukai kemalangan petang tadi.

“Difahamkan bahawa beliau hanya mengalami cedera ringan. Insya-Allah kita sama-sama doakan beliau sentiasa selamat,” katanya.

Advertisements

Media melaporkan kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang di Kilometer 127.7 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1) arah Kuantan, dekat Temerloh ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur menuju Kemaman 

HANAFIAH MAT

Selain Hanafiah dan pemandunya, Zubairi Zahari, turut berada dalam kenderaan jenis Land Rover itu adalah dua rakan kepada ADUN yang juga EXCO kerajaan negeri Terengganu itu.

Beliau mendapat rawatan di Kuantan Medical Centre.

Hanaifiah sebelum ini pernah mendapat kecaman banyak pihak apabila mengeluarkan video menunjukkan beliau makan nasi berlaukkan air oren yang didakwa mempersenda menu rahmah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan