25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Arsenal hampir pasti terlepas kejuaraan liga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL semakin pasti terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Manchester City susulan kekalahan terbaharu 3-0 kepada Brighton di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Dengan berbaki dua perlawanan, City kini mendahului The Gunners dengan kelebihan empat mata dan skuad bimbingan Pep Guardiola hanya memerlukan satu lagi kemenangan dalam baki tiga perlawanan terakhir.

Sementara itu, Arsenal pula sudah beraksi 36 perlawanan dan sebarang keciciran mata jika City tewas perlawanan berikutnya pastinya tidak akan memberi sebarang makna buat kelab utara London itu.

Dalam aksi bertemu The Seagulls awal pagi tadi, Arsenal mendominasi aksi separuh masa pertama dan hampir di depan pada minit ke-24 namun percubaan Leandro Trossard terkena palang.

Advertisements

Brighton berjaya mendahului pada minit ke-48 apabila Julio Enciso menanduk masuk hantaran lintang Pervis Estupinan ketika Aaron Ramsdale tidak mampu berbuat apa-apa.

Kesilapan hantaran Trossard yang juga bekas pemain Brighton dihukum apabila Deniz Undav yang menerima bola daripada Pascal Gross mudah melambungkan bola melepasri Ramsdale untuk gol kedua pelawat.

Dan Estupinan melengkapkan kemenangan skuad kendalian Roberto De Zerbi pada waktu kecederaan dan itu merupakan gol sulungnya bersama The Seagulls.

Kemenangan itu melonjakkan Brighton ke tangga keenam dengan 58 mata dengan peluang untuk beraksi di kejohanan Eropah musim depan semakin terbuka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan