26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

City selangkah juarai EPL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City hanya selangkah untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ketiga berturut-turut selepas menundukkan Everton 3-0 di Goodison Park malam tadi.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu hanya perlu menang satu daripada tiga baki tiga perlawanan untuk memastikan kejuaraan kali sembilan dalam sejarah kelab itu.

The Citizen akan diumumkan juara lebih awal jika Arsenal gagal menewaskan Nottingham Forest dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung lebih awal Sabtu ini.

Namun, jika Arsenal berjaya, City perlu menewaskan Chelsea di Stadium Etihad untuk memastikan kejuaraan EPL.

Aksi di Goodison Park menyaksikan City memperoleh dua gol di separuh masa pertama.

Advertisements

Gol pertama City dijaringkan Ilkay Gundogan dari dalam kawasan penalti selepas menyempurnakan hantaran Riyad Mahrez pada minit ke-37.

City memperoleh gol kedua dalam tempoh 118 saat daripada gol pertama apabila Haaland yang tidak dikawal mudah menanduk masuk bola hantaran Gundogan untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Pemain tengah Jerman itu terus menjadi duri dalam daging buat Everton apabila menjaringkan gol ketiga City pada minit ke-51 menerusi sepakan percuma menarik menewaskan Jordan Pickford.

Kekalahan itu pula meletakkan Everton hanya satu mata di atas zon penyingkiran. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan