Monday, June 15, 2026

Tatakelola baik tarik pelabur asing, tingkat hasil – Anwar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ASPEK tatakelola baik yang diterapkan Kerajaan Perpaduan memberi impak positif kepada negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu terbukti dengan kejayaan menarik kemasukan pelabur asing dan meningkatkan kutipan hasil negara.

“Kerana apa kita lakukan? Kerana apabila diberikan kuasa, kita hentikan sama sekali kerja-kerja sakau, ambil duit rakyat, kita tidak langgar peraturan, kita tidak izin ambil kontrak tanpa tender, ambil kontrak dengan komisen, kita tidak izin pemimpin ambil duit rakyat.

“Ini maknanya tatakelola, guna kuasa bantu rakyat, hasilnya Januari hingga April, Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) meningkat 5.6 peratus, lagi tinggi daripada China, Vietnam dan Indonesia.

“LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) pula lapor kutipan cukai juga bertambah, dari mana bertambah? Orang yang dulu curi tidak bayar cukai, sekarang semua bayar, sebab tahu tak boleh sogok. LHDN harus bersih betul maka hasil kita meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Gombak semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. 

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kepercayaan pelabur asing semakin meningkat terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Ini kerja pasukan kita, kita mencatat pelaburan Amazon berpuluh bilion, Geely (melabur) berbilion di Tanjung Malim, China (melabur) RM170 bilion, datang memberi pelaburan dan pekerjaan di negara kita.

“Mereka percaya kita tidak sakau, tidak curi duit, tidak ambil komisen dan kita tahu kerja menjaga kepentingan rakyat (jadi) inflasi turun, defisit turun, hasil naik,” katanya. – BERNAMA

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan