25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Villa lonjak ke tangga kelima EPL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ASTON Villa mengekalkan rekod bersih tanpa tewas dalam 10 perlawanan berturut-turut selepas menundukkan Fulham 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park awal pagi tadi.

Villa ketika melantik Unai Emery berada di kedudukan ke-15 liga namun di bawah bimbingan pengendali dari Sepanyol itu menyaksikan pasukan itu kini melonjak ke tangga kelima EPL.

Sementara itu, pertemuan dengan Fulham pastinya tidak dilupakan pemain dan penyokong Villa kerana pada aksi pusingan pertama di Craven Cottage menyaksikan kelab dari Birmingham itu tewas 3-0.

Namun, paling menyedihkan apabila pengurus ketika itu, Steven Gerrard dipecat dalam bas ketika dalam perjalanan pulang usai perlawanan.

Advertisements

Bagaimanapun, di bawah bimbingan Emery, Villa terus cemerlangan meraih tiga mata penuh menerusi tandukan pertahanan, Tyrone Mings pada minit ke-21.

Tiada jaringan dihasilkan selepas itu dan kini peluang Villa meraih slot ke Eropah kian terbuka jika mampu mengekalkan memontum sehingga akhir musim.

Dengan dua kelab Manchester, United dan City layak ke perlawanan akhir Piala FA, ini bermakna slot ke Eropah akan diberikan kepada pasukan yang berada di tangga pertama hingga ketujuh.

Kini peluang terbuka untuk Villa kembali bersaing di kejohanan Eropah musim depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan