26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pochettino bakal pengurus baharu Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CHELSEA dilaporkan berada di fasa akhir perbincangan sebelum melantik Mauricio Pocherttino sebagai pengurus baharu.

Pengurus berusia 51 tahun bakal mengambil-alih tugas di Stamford Bridge yang kini dikendalikan sementara Frank Lampard hanya berkuat kuasa akhir musim ini.

Pochettino menjadi pilihan utama kelab kota London itu selepas Julian Nagelsmann menarik dari daripada senarai pendek calon berpotensi susulan wujud kebimbingan mengenai proses pengambilan pemain.

Bekas pengendali Tottenham Hotspurs dan Paris Saint-Germain (PSG) itu dijangka akan membawa masuk orang kanannya, Jesus Perez dan Toni Jiminez.

Selain itu, pengurus dari Argentina itu dijangka turut melantik saintis sains sukan yang juga anaknya, Sebastiano.

Sekiranya dilantik, Pochettino akan menjadi pengurus keempat dibawah pemilik baharu Chelsea, konsortium yang diuruskan Todd Boehly dan Beghdad Eghbali.

Antaranya adalah Thomas Tuchel, Graham Potter dan Frank Lampard.

Sementara itu, pencapaian Pochettino ketika bersama Spurs cukup mengagumkan apabila berjaya membawa kelab utara London itu ke final Liga Juara Juara Eropah dan mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan