26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

EPL: Vardy penyelamat Leicester

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERTARUNGAN bagi melepaskan diri daripada zon penyingkiran antara Leeds United dan Leicester City di Elland Road awal pagi tadi menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Jamie Vardy muncul penyelamat The Foxs menerusi jaringan pada minit ke-80 sekali gus memadam gol pendahuluan The Whites oleh Luis Sinisterra pada minit ke-20.

Leeds dan Leicester masing-masing memerlukan tiga mata penuh kerana kedudukan kedua-dua pasukan dalam bahaya di tangga ke-16 dan 17 Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya dibezakan satu mata sahaja.

Pasukan di tangga ke-18, Everton hanya satu mata di belakang Leicester dengan kekurangan satu perlawanan.

Advertisements

Sementara itu, Nottingham Forrest yang menghungi tangga ke-19 pula ketinggalan dua mata dan masih beraksi kurang satu perlawanan.

Dalam aksi di Elland Road awal pagi tadi menyaksikan jaringan awal Youri Tielemans dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR) kerana rakan sepasukannya, Boubakary Soumaré dikesan offside.

Sinisterra akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-20 apabila menanduk masuk hantaran lencong Jack Harrison untuk meletakkan Leeds di depan.

Ketika Leeds cuba mempertahankan jaringan tunggal tersebut, Vardy muncul wira Leicester apabila menyudahkan hantaran James Maddison untuk mengikat perlawanan 1-1.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan