29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Barisan kejurulatihan HM ‘berguru’ di Sepanyol

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BARISAN kejurulatihan skuad Harimau Malaya diketuai ketua jurulatih, Kim Pan Gon mengadakan lawatan selama seminggu ke Barcelona Sepanyol sejak 17 April lalu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, antara staf yang turut serta ke Catalan adalah pembantu jurulatih, Pau Marti Vicente; jurulatih penjaga gol, Cho Junho; jurulatih kecergasan, Jihyeon Park dan jurulatih analisis prestasi, Lim Jaehun.

Kim Pan Gon dan barisan kejurulatihannya bergambar di depan akademi bola sepak terkenal La Masia di Barcelona. Foto: FAM

“Staf kejurulatihan Harimau Malaya berpeluang menyaksikan sesi latihan pasukan utama Barcelona, melawat fasiliti latihan kelab berkenaan serta bertemu beberapa pegawai dan staf kejurulatihan kelab termasuk pengurus, Xavi Hernandez.

Advertisements

“Pada 20 April lalu, Pan Gon dan staf kejurulatihannya turut mengunjungi sebuah lagi kelab yang bertempat di Barcelona iaitu Espanyol untuk melawat pusat latihan pasukan utama dan menghadiri seminar jabatan metodologi,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Kim Pan Gon bersama staf kejurulatihannya berbincang bersama pengurusan Mallorca ketika mengadakan lawatan ke Sepanyol. Foto: FAM

Sementara itu, sepanjang berada di sana, mereka juga berkesempatan menyaksikan dua perlawanan La Liga, Espanyol bertemu Cadiz pada Jumaat lalu serta Barcelona menentang Atletico Madrid pada Ahad.

“Selain itu, Jihyeon Park dan Lim Jaehun juga telah ke Mallorca untuk menyaksikan satu lagi perlawanan La Liga, Mallorca bertemu Getafe pada Ahad dan seterusnya menyaksikan sesi latihan dan bertemu pegawai pasukan berkenaan pada Isnin,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan