26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tanah runtuh: Kakitangan IIM diarah bekerja dari rumah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KAKITANGAN Institut Integriti Malaysia (IIM) diarahkan bekerja dari rumah susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan institut itu semalam.

Arahan itu dibuat melalui satu notis pemakluman yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi IIM malam tadi.

Pihak pengurusan IIM, memaklumkan arahan itu dibuat atas faktor keselamatan dan berkuatkuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

“Susulan dari kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran pintu masuk kampus MACA dan IIM, di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Kuala Lumpur, pihak pengurusan IIM telah mengarahkan semua kakitangannya bekerja dari rumah.

“IIM sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam kerja-kerja pemantauan di kawasan terbabit,”menurut notis berkenaan.

Advertisements

Menurut IIM lagi, sepanjang tempoh berkenaan orang ramai yang mempunyai sebarang urusan dengan IIM boleh berhubung terus pegawai-pegawai berkaitan.

“Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang IIM (www.iim.gov.my) dan media-media sosial IIM untuk maklumat terkini,” katanya.

Terdahulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan memaklumkan telah mengosongkan seluruh MACA dengan memindahkan 45 orang susulan kejadian tanah runtuh di pintu masuk utamanya pada tengah semalam.

Pemindahan itu membabitkan 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh orang penghuni kuarters. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan