29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Daftar Tahun Satu 2024/2025 mulai 2 Mei hingga 30 Jun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDAFTARAN kemasukan kanak-kanak Tahun Satu bagi kalendar akademik sesi 2024/2025 bermula 2 Mei hingga 30 Jun ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pendaftaran secara dalam talian itu boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my.

Menurut hantaran itu, kanak-kanak yang layak memohon adalah warga Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

Langkah-langkah pendaftaran turut dikongsikan dalam hantaran itu.

Langkah-langkah pendaftaran.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan sedang menuju kembali kepada Januari.

Permulaan takwim itu diubah daripada Januari kepada Mac sejak 2022.

Ia susulan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan hingga Februari tahun berikutnya ketika sesi persekolahan terkesan akibat pandemik Covid-19 melanda negara. – Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan