32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Joe Biden umum bertanding pertahan jawatan Presiden AS

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melancarkan kempen untuk mempertahankan jawatannya selepas secara rasmi mengumumkan akan berusaha bagi penggal kedua pada pilihan raya 2024 pada Selasa.

“Setiap generasi mempunyai satu detik untuk mereka mempertahankan demokrasi. Untuk mempertahankan kebebasan asasi mereka. 

“Saya percaya ini detik kita. Itu sebab mengapa saya akan bersaing untuk dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat. Sertai kami. Kita bereskan tugas itu,” kata Biden menerusi ciapan di Twitter.

Memetik laporan Anadolu, tarikh pilihan raya presiden dan bagi kebanyakan ahli Kongres AS adalah pada 5 November 2024.

Biden berkhidmat selama 36 tahun sebagai Ahli Senat dan lapan tahun selaku naib presiden sewaktu Barack Obama menjadi presiden sebagai anggota Demokrat.

Untuk rekod, beliau ketika ini adalah presiden paling tua dalam sejarah dan Biden akan berusia 86 tahun apabila penggal keduanya tamat.

Pada 2020, Biden menewaskan calon Republikan Donald Trump yang ketika ini sudah pun mengumumkan hasratnya untuk kembali mengisi Rumah Putih.

Pada hari pemilihan 2024, Trump akan menginjak usia 78 tahun sama dengn usia Biden ketika beliau dilantik menjadi presiden. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan