30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Biden akan pertahan jawatan Presiden AS 2024

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi bayangan akan bertanding semula pada Pilihan Raya 2024 sekaligus mempertahankan jawatannya.

Biden dilaporkan belum bersedia untuk membuat pengumuman itu meskpun mempunyai hasrat untuk merebut jawatan itu.

Beliau berkata demikian dalam sebuah wawancara bersama NBC Ahad.

Selain itu, laporan juga mendakwa Biden mungkin menunggu sehingga suku kutipan dana kempen baharu bermula pada bulan Julai sebelum membuat pengumuman.

Setakat ini terdapat dua calon yang diumumkan untuk pencalonan presiden Demokrat 2024 iaitu pengarang buku, Marianne Williamson dan aktivis anti-vaksin, Robert Kennedy Jr.

Advertisements

Di samping itu, Donald Trump telah mengumumkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Presiden 2024.

Minggu lalu, bekas presiden itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Manhattan atas tuduhan memalsukan rekod perniagaan.

Biden kini menjadi presiden tertua dalam sejarah AS pada usia 80 tahun.

Jika beliau menang dalam pemilihan semula, Biden akan berusia 86 tahun pada penghujung penggal kedua. 

Pada November 2020 lalu, Biden yang juga calon Demokrat menang Pilihan Raya Presiden AS Ke-46 apabila memperolehi 290 undi elektoral menewaskan pencabarnya, Donald Trump daripada parti Republikan yang meraih 214 undi – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan