Sunday, June 14, 2026

Cuti khas sekolah sempena Aidilfitri 19 April ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 19 April ini sebagai cuti khas sekolah sempena Aidilfitri.

Pengumuman itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah KPM di sini, hari ini.

Beliau berkata, cuti khas itu adalah untuk kesejahteraan khususnya guru, murid serta ibu bapa menguruskan perjalanan pulang ke kampung masing-masing bagi membuat persiapan menyambut perayaan terbabit.

“KPM bersetuju untuk memberikan cuti khas pada 19 April ini atau Rabu untuk negeri di kumpulan A dan B.

“Jadi 19 haribulan tiada sekolah, kita ambil kira semua pandangan,”katanya.

Selain itu, katanya, keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 18 April ini, sehari sebelum cuti.- Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan