26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Trump punca Afghanistan huru-hara

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENTADBIRAN Presiden Joe Biden menunding jari terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai tindakan Amerika Syarikat  (AS) menarik diri dari Afghanistan sehingga mencetuskan huru-hara di negara itu.

Melalui satu laporan ringkas yang dikeluarkan, ia menyalahkan Trump dengan menyatakan “tiada tanda-tanda lebih banyak masa, lebih banyak dana atau lebih ramai rakyat AS” yang boleh mengubah trajektori.

Laporan yang setebal 12 muka surat itu turut mengakui bahawa pentadbiran pada masa kini mendapat pengajaran daripada penarikan diri itu dan mengandungi kesilapan dalam “komunikasi agresif” tentang risiko dan ancaman keselamatan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby berkata, Biden telah mewarisi operasi yang telah tamat di Afghanistan daripada Trump sehingga melumpuhkan tindak balasnya.

Kata Kirby, peralihan adalah penting dan itulah pengajaran pertama yang dipelajari oleh  Biden ditinggalkan dengan pilihan yang jelas antara menarik balik semua tentera Amerika Syarikat atau meneruskan pertempuran dengan Taliban.

Advertisements

Laporan itu menunjukkan “penurunan yang disengajakan” oleh pentadbiran Trump iaitu tuduhan merujuk kepada penarikan tentera AS semasa Trump memegang jawatan.

Selain itu, Trump juga bertindak membebaskan ribuan tahanan Taliban, mengadakan rundingan ‘perjanjian Doha’ untuk menamatkan perang tanpa kerajaan tempatan dan pembekuan program visa Afghanistan.

Susulan Taliban menguasai Afghanistan pada Ogos 2021 ketika bekas kerajaan yang disokong Barat di Kabul tumbang dengan pantas.

Pada Julai 2020, Trump membuat perjanjian dengan Taliban untuk menarik balik semua pasukan tentera Amerika Syarikat dari Afganistan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan