34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

8 Adun BN, 2 PH dilantik Timbalan Exco Melaka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MELAKA melantik 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi melengkapkan barisan pentadbiran kerajaan negeri.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, lapan Adun Barisan Nasional (BN), dua Pakatan Harapan (PH) dengan kombinasi muka baharu dan lama dilantik bagi menterjemahkan semangat kerajaan perpaduan di negeri itu.

Berikut merupakan senarai Adun sebagai Timbalan Exco yang dilantik :

YB DATUK KHAIDHIRAH DATUK SERI ABU ZAHAR

Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET.

YB DATUK RAIS BIN DATUK WIRA YASIN

EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana

(Timbalan EXCO: YB Zulkifli Datuk Seri Mohd Zin)

YB DATUK ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN

EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya

(Timbalan EXCO: YB Datuk Haji Zaidi Attan)

YB DR. MUHAMAD AKMAL BIN SALEH

EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan

(Timbalan EXCO: YB Low Chee Leong)

YB TUAN FAIRUL NIZAM BIN ROSLAN

EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital

(Timbalan EXCO: YB Mohd Noor Helmy Abdul Halem)

YB DATUK KALSOM BIN NORDIN

EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti

(Timbalan EXCO: YB Leng Chau Yen)

YB TUAN P. SHANMUGAM A/L PITCHAY

EXCO Belia, Sukan dan NGO

YB TUAN NGWE HEE SEM

EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan

(Timbalan EXCO: YB Siti Faizah Datuk Abd. Azis)

YB DATUK HAMEED BIN MYTHEEN KUNJU BASHEER

EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan

(Timbalan EXCO: YB Zahari Abd Kalil)

YB DATUK RAHMAD MARIMAN

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama

(Timbalan EXCO: YB Rosli Abdullah)

YB TUAN SEAH SHOO SHIN

EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

(Timbalan EXCO: YB Tuminah Kadi@Mohd Hasim)

Sementara itu, ujar Ab Rauf, 10 nama Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) di bawah pentadbiran yang dilantik melambangkan kebersamaan kepemimpinan kerajaan perpaduan.

Pada 31 Mac lalu, Ab Rauf Yusoh telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka baharu dengan memegang jawatan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET.

Beliau mengumumkan untuk mewujudkan semula jawatan Timbalan Exco selepas dimansuhkan pada 2018 ketika pentadbiran PH. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan