33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

United tempah tiket ke final Piala FA

Bakal berdepan Manchester City dalam pertemuan 'derby' yang akan berlangsung 3 Jun ini.

Mesti Baca

HARAPAN Manchester United menambah koleksi trofi musim ini cerah selepas menempah tiket ke perlawanan akhir Piala FA setelah menundukkan Brighton 7-6 menerusi sepakan penalti, awal pagi ini.

Kedua-dua pasukan buntu mencari gol sepanjang 90 minit pertama serta 30 minit masa tambahan sehingga memaksa pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti di Stadium Wembley, London.

Pasukan kendalian Erik Ten Hag sudah pun mendakap Piala Liga sebelum ini namun terlepas peluang meraih trofi Liga Eropah selepas disingkirkan Sevilla di peringkat suku akhir Khamis lalu.

Skuad The Red Devils membariskan kesebelasan terbaik dengan Marcus Rashford, Anthony Martial dan Bruno Fernandes mengetuai jentera serangan namun gagal menembusi gawang dikawal Sanchez.

Namun, Brighton terlebih dahulu menguji kubu United dengan Alexis Mac Allister melakukan sepakan percuma tepat tetapi berjaya ditepis penjaga gol, David De Gea seawal minit ke-7.

Tersentak dengan serangan itu, United memperkemaskan gerakan dan mendapat percubaan awal hasil percubaan Fernandes yang berjaya ditampan oleh penjaga gawang Brighton, Roberto Sanchez pada minit ke-15.

Bersambung pada babak kedua, De Gea sekali lagi menjadi wira buat United apabila penyerang muda, Julio Enciso melakukan rembatan tetapi dinafikan oleh penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu.

Advertisements

Brighton terus melakukan serangan bertali arus dengan percubaan yang dilakukan oleh Danny Welbeck pada minit ke-58 sedikit tersasar.

Solly March turut memiliki peluang untuk menjaringkan gol pada penghujung perlawanan tetapi De Gea sekali lagi bijak menepis percubaan tersebut dengan keputusan 0-0 kekal sehingga aksi terpaksa disambung pada masa tambahan.

United lebih banyak melakukan penguasaan bola ketika Brighton dilihat agak kepenatan dengan percubaan terbaik dimiliki oleh Rashford tetapi rembatannya berjaya ditepis Sanchez.

Pemain tengah United, Casemiro turut mempunyai peluang terbaik pada minit ke-118 tetapi Sanchez masih kebal mengawal gawangnya daripada dibolosi sekali gus memaksa perlawanan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Semua pemain United terdiri daripada Casemiro, Diogo Dalot, Jadon Sancho, Rashford, Marcel Sabitzer, Wout Weghorst dan Victor Lindelof berjaya menyempurnakan sepakan penalti masing-masing.

Sementara itu, March menjadi duri dalam daging buat Brighton apabila sepakan penalti yang diambil melambung tinggi sekali gus menyaksikan kemenangan berpihak kepada United.

The Red Devils akan menentang Manchester City pada aksi final Piala FA yang dijadualkan berlangsung di Stadium Wembley, 3 Jun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan