34.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 1, 2023

Wanita halang kereta ‘ala-Superwoman’ diminta tampil

Mesti Baca

POLIS mengesan seorang wanita yang bertindak menghalang sebuah kereta Proton Wira sepertimana tular menerusi satu rakaman video agar tampil membuat laporan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian dikesan berlaku di persimpangan lampu isyarat Batu 1, Port Dickson.

Beliau berkata, perbuatan dan tingkah laku yang dilakukan wanita tersebut boleh membahayakan diri sendiri serta mendatangkan kerisauan terhadap orang awam.

“Setakat ini, pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan polis yang dibuat daripada individu berkenaan berhubung dengan insiden yang berlaku.

“Pihak polis menggesa individu tersebut supaya tampil ke IPD Port Dickson atau balai polis berdekatan bagi membuat laporan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Muhamad Mustafah juga menasihatkan orang awam agar tidak menularkan video berkenaan yang boleh mendatangkan kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.

Katanya, penyebaran video sedemikian adalah salah mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedai Malaysia 1998.

Sejak semalam tular satu rakaman video berdurasi 33 saat yang menunjukkan seorang wanita menghalang sebuah kereta Proton Wira di satu lampu isyarat itu dimuat naik oleh seorang warganet di twitter. – Edisi 9

Terkini

SPRM tiada kuasa tentukan kelayakan calon pilihan raya

SPRM tiada kuasa untuk menentukan sama ada seseorang yang terpalit isu rasuah layak bertanding atau tidak dalam pilihan raya. Ketua Pesuruhjaya...

Lagi Artikel Berkaitan