31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

UCL: Inter tempah perhitungan dengan AC Milan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

INTER Milan mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah (UCL) buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun selepas mencatat keputusan seri 3-3 menentang Benfica di San Siro awal pagi tadi.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad Nerazzurri itu layak dengan agregat 5-3 selepas menang dalam pertemuan pertama di Portugal minggu lalu.

Menanti di separuh akhir adalah kelab seteru setempat, Milan yang terlebih dahulu mara apabila menundukkan satu lagi kelab Itali, Napoli 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung semalam.

Dalam aksi di San Siro, Inter mendahului pada minit ke-14 menerusi sepakan lencong menarik terus ke penjuru gawang untuk melebarkan agregat kepada tiga gol.

Pada minit ke-32 pula menyaksikan gol kedua skuad bimbingan Simone Inzagho itu dibatalkan selepas penjaring gol, Lautaro Martinez didakwa menolak pertahanan lawan sebelum menanduk masuk gol berkenaan.

Advertisements

Fredrik Aursnes kemudiannya merapatkan jurang buat Benfica apabila menyelinap masuk ke dalam kawasan penalti sebelum menanduk masuk gol pertama pelawat pada minit ke-38.

Martinez menambah jaringan kedua Inter pada minit ke-65 menerusi tolakan mudah di depan gawang hasil hantaran silang Federico Dimarco.

Pemain gantian, Joaquin Correa menjadikan kedudukan agregat 5-1 pada minit ke-78 namun Benfica bangkit mengikat kedudukan menerusi gol lewat Antonio Silva dan Peter Musa.

Peringkat separuh akhir dijadualkan pada 9 dan 16 Mei depan.

Kali terakhir Inter dan Milan bertemu di separuh akhir adalah pada 2002/03 dan ini kali kedua terdapat dua wakil Itali di separuh akhir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Seorang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail

SEORANG lelaki disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pokok besar yang tumbang dan menghempap 17 buah...

Lagi Artikel Berkaitan