25.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

UCL: City mara ke separuh akhir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City melangkah ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah (UCL) untuk kali ketiga berturut-turut selepas seri 1-1 dengan Bayern Munich awal pagi tadi sekali gus layak 4-1 secara agregat.

Bayern yang dibimbing Thomas Tuchel turun di laman sendiri berdepan misi sukar memadam defisit tiga gol selepas tewas 3-0 dalam perlawanan di Stadium Etihad minggu lalu.

Pada minit ke-17 Bayern terlepas peluang berada di depan apabila rembatan Leroy Sane sedikit tersasar biarpun hanya perlu melepasi penjaga gol City, Ederson sahaja.

Dua minit berselang menyaksikan pengadil melayangkan kad merah kepada Dayot Upamecano kerana menjatuhkan Erling Haaland namun keputusan itu ditarik balik selepas penyerang itu dikesan berada dalam kedudukan offiside.

Namun, malang terus menimpa Upamecano apabila menghadiahkan City sepakan penalti susulan tindakannya menahan percubaan Ilkay Gundogan menggunakan tangan.

Advertisements

Haaland yang ditugaskan mengambil sepakan tersebut bagaimanapun menyepak tinggi melepasi palang.

Penyerang tinggi lampai itu bagaimanapun menebus kehampaannya pada minit ke-57 apabila menyudahkan hantaran Kevin De Bruyne hasil gerakan serangan balas pantas untuk menjadikan kedudukan 4-0 secara agregat.

Bayern akhirnya mendapat gol penyamaan pada minit ke-83 menerusi sepakan penalti Joshua Kimmich dan keputusan itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Di separuh akhir nanti bakal menyaksikan pertembungan ulangan musim lalu, City dan Real Madrid yang dijadualkan pada 9 dan 16 Mei ini.

Dalam aksi musim lalu, Real berjaya menewaskan City 6-5 secara agregat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan