32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Liga Super: Kelantan mangsa kebangkitan Sabah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELANTAN menjadi mangsa kebangkitan Sabah apabila dibelasah 6-1 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Likas, malam tadi.

Sabah yang gagal merekodkan kemenangan dalam tiga perlawan liga terdahulu berjaya memperoleh gol seawal minit keempat menerusi pertahanan, Daniel Ting.

Belum pun sempat pelawat memperkemaskan benteng pertahanan mereka, gawang mereka bolos lagi dan sekali lagi menerusi jaringan Ting selepas menanduk masuk hantaran silang Ko Kwang-Min.

Kelantan merapatkan jurang sejurus perlawanan bersambung di babak kedua menerusi penyudah menarik Miguel Cifuentes pada minit ke-46 menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Advertisements

Dua minit berselang menyaksikan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee menambah gol ketiga menerusi jaringan pertahanan, Dominic Tan.

Sabah terus bernafsu memburu gol apabila Baddrol Bakhtiar meledak gol keempat tuan rumah pada minit ke-61 bagi menjadikan kedudukan 4-1.

Stuart Wilkin menambah derita Kelantan menerusi jaringan pada minit ke-75 susulan kegagalan penjaga gol, Farhan Abu Bakar mengeluarkan bola dengan baik di dalam kawasan penalti.

Telmo Castanheira melengkapkan malam gemilang Sabah menerusi jaringan keenam pada waktu kecederaan menerusi gerakan satu dua menarik bersama Wilkin sebelum menyungkit bola melepasi Farhan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan