25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Liga Super: JDT rekod kemenangan kesembilan berturut-turut

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mencipta kemenangan kesembilan berturut-turut selepas menundukkan PDRM FC 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Selangor malam tadi.

Penjaga gol muda, Nor Hakeem Hamidun muncul wira tuan rumah selepas berjaya beberapa percubaan berbahaya pelawat sekali gus menjadi pasukan pertama musim ini yang tidak bolos lebih satu gol menentang penyandang juara Liga Super itu.

Pada minit ke-18 menyaksikan Nor Hakeem menepis keluar percubaan berbahaya dari luar kawasan penalti Leandro Velazquez.

JDT terlepas peluang berharga memecah kebuntuan pada minit ke-20 apabila Afiq Fazail berjaya mencuri bola daripada pertahanan PDRM namun tandukan susulan Fernando Forestieri terkena tiang gol.

Pelawat dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-43 selepas Bergson da Silva ditolak dalam kawasan penalti oleh pertahanan, Azmi Muslim.

Advertisements

Bagaimanpun, Nor Hakeem berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang diambil Bergson sendiri untuk memastikan kedudukan kekal tanpa jaringan di babak pertama.

Skuad Harimau Selatan hampir memperoleh gol pertama sebaik babak kedua bersambung namun percubaan Velazquez sedikit sepi melepasi tiang gol.

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelma menerusi Forestieri yang menyudahkan bola hantaran Diogo Luis Santo untuk memastikan tiga mata penuh milik mereka.

JDT terus unggul di puncak Liga Super dengan 27 mata selepas sembilan perlawanan, lima mata mengatasi pencabar terdekat, Selangor yang mengutip 22 mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan