33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Bantuan Khas Aidilfitri 3 badan sukarelawan – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pakej bantuan khas Aidilfitri kepada tiga badan sukarelawan.

Ujar beliau, tiga badan sukarelawan iaitu Rejimen Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Angkatan Tentera dan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia.

“Semalam saya telah mengumumkan pakej bantuan khas Aidilfitri kepada tiga badan sukarelawan. Semoga ia bermanfaat, inshaAllah,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau mengumumkan Kerajaan akan memperluaskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) selepas tinjauan ramah mesra bersama peniaga di Bazar Ramadan PKNS di Shah Alam.

Untuk rekod, ia akan memanfaatkan seramai 26,000 orang dari ketiga-tiga badan sukarelawan itu akan menerima bantuan khas kewangan yang melibatkan peruntukan RM7.8 juta.

Advertisements

Untuk rekod, ketika membentangkan Belanjawan 2023 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, pemberian BKKA adalah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.

BKKA adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Pada 29 Mac lepas, kerajaan mengumumkan lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia, sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan polis dan bomba akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM300.

Kerajaan bersetuju tarikh pembayaran BKKA Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan daripada 17 April kepada 14 April ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan