24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Wanita trauma dirogol lelaki tak dikenali di rumah sendiri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita kini trauma selepas menempuh detik-detik hitam dirogol seorang lelaki yang tidak dikenalinya di rumahnya sendiri di Ipoh, Perak.

Nasib malang wanita warga tempatan berusia 38 tahun berkenaan diketahui apabila ditemukan orang awam dalam keadaan menangis selain mengalami luka di kaki di Jalan Kamaruddin Isa, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, maklumat mengenai penemuan wanita itu diterima daripada orang awam pukul 9.15 pagi semalam oleh Balai Polis Sungai Senam sebelum sepasukan polis dari balai terbabit bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa.

“Hasil tindakan pantas, polis berjaya memberkas suspek berusia 43 tahun di rumah mangsa.

Beberapa barangan yang ditemukan bersama suspek termasuk beberapa jenis senjata seperti gunting, pisau, dan kuku kambing; selain semakan mendapati suspek memiliki beberapa rekod jenayah narkotik lampau.

“Ujian saringan air kencing suspek juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Advertisements

Berkongsi hasil siasatan awal, Yahaya berkata, mangsa dirogol di rumahnya oleh seorang lelaki warga tempatan yang tidak dikenalinya.

Bagaimanapun menurutnya, mangsa berjaya melarikan diri daripada tempat kejadian selepas dirogol.

“Kecederaan di bahagian kaki mangsa adalah akibat terjatuh dari tempat tinggi,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol sementara mangsa masih menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dengan keadaan kecederaan mangsa stabil.

Menurutnya, siasatan kes sedang dilengkapkan sebelum kemudiannya kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan ke atas suspek dalam masa terdekat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan