26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ten Hag enggan lepaskan Garnacho

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United dilaporkan enggan melepaskan pemain muda sensasi, Alejandro Garnacho menyertai kem Argentina untuk saingan Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) yang akan berlangsung pada 20 Mei sehingga 11 Jun depan.

Pemain berusia 18 tahun itu telah menjaringkan empat gol dalam 29 penampilan bersama skuad senior tetapi tidak beraksi sejak Mac kerana kecederaan buku lali.

Garnacho baru-baru ini berkongsi mengenai status kecergasannya yang semakin baik menerusi akaun Instagramnya.

Situasi itu membuatkan pengurus, Erik Ten Hag bimbang akan kehilangan pemain lincah berkenaan sehingga akhir musim ini jika Garnacho mengambil keputusan menyertai kem Argentina.

Advertisements

Menurut wartawan Argentina, Gaston Edul, United tidak mahu pemain sayap itu tampil dalam dalam Piala Dunia B-20 sementara pengendali skuad muda Argentina, Javier Mascherano dikatakan cuba bermati-matian untuk menyenaraikan Garnacho dalam skuadnya.

Jika Garnacho mengambil bahagian dalam kejohanan yang akan bermula 20 Mei ini, pemain tersebut akan dua perlawanan terakhir liga, Piala FA dan perlawanan akhir Liga Europa jika United layak ke final.

United ketika ini bergelut dengan kecederaan pemain selepas kehilangan beberapa tonggak utama seperti Marcus Rashford, Raphael Varane dan Lisandro Martinez.

Justeru itu, Red Devils tidak mahu kehilangan pemain lagi bagi menamatkan musim dengan kedudukan terbaik serta memenangi sekurang-kurangnya satu trofi.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan