28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Malaysia zahir kebimbangan perkembangan politik Tunisia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia menzahirkan kebimbangan serta kegusaran terhadap perkembangan mutakhir politik di Tunisia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, meskipun ia merupakan isu dalaman sesebuah negara, Malaysia mengikuti secara dekat perkembangan semasa di Tunisia.

Ujar beliau, perkara itu termasuk penahanan beberapa individu utama, antaranya Rached Ghannouchi, pemimpin Ennahda dan mantan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Tunisia.

“Melihat kepada tahap kesihatan dan umur beliau, kami berharap agar pertimbangan khas dan belas ihsan diberikan kepada Rached Ghannouchi di bulan Ramadan yang mulia ini.

“Malaysia berharap perdamaian dan konsensus nasional akan menjadi jalan ke arah membawa kemajuan dan kemakmuran bagi rakyat Tunisia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, media antarabangsa melaporkan pihak polis Tunisia menutup ibu pejabat pembangkang haluan Islam terkenal, Ennahdha selain pejabat parti itu di seluruh negara tersebut.

Tindakan yang tidak dijangka itu juga berlaku sehari selepas pihak berkuasa telah menahan pemimpin utama Ennahdha, Rached Ghannouchi di kediamannya sendiri di ibu kota Tunis.

Advertisements

Ennahdha yang dianggap sebagai beraliran sederhana Islam merupakan parti paling banyak memenangi kerusi sebelum Presiden Kais Saied membubarkan Parlimen pada Julai 2021.

Untuk rekod, Malaysia dan Tunisia menjalinkan hubungan diplomatik sejak 1957 namun tiada memiliki bangunan kedutaan di Tunis kecuali cuma bertaraf pejabat Konsulat Kehormat di ibu negaranya.

Urusan dengan negara itu sebaliknya diuruskan oleh Kedutaan Malaysia di Algeria yang ditauliahkan untuk Tunisia, manakala Kedutaan Tunisia di Jakarta diakreditasi untuk Malaysia.

Dalam pada itu, Zambry berkata, Malaysia akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Tunisia.

“Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Tunisia dan rakyatnya,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan