24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PHM beri tips persediaan mental menjelang Aidilfitri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PUBLIC Health Malaysia (PHM) menyarankan orang ramai untuk membuat persediaan mental terhadap pelbagai soalan yang akan ditujukan kepada mereka menjelang Aidilfitri.

Bahkan, PHM dalam satu hantaran di Facebook menggalakkan orang ramai untuk menganggap pertanyaan demi pertanyaan hanyalah modal untuk membuka bicara perbualan tanpa sebarang niat yang lain.

Menurutnya, hari raya adalah hari yang cukup beremosi.

“Kita gembira meraikan kemenangan menghadapi bulan ramadan & seronok berjumpa keluarga

Ia juga hari yang penuh keinsafan dan kesyahduan terutama bagi sesiapa yang baru kehilangan insan tersayang.

“Adalah penting untuk kita membina kekuatan mental untuk menempuh hari raya setiap tahun. Teguran dan gurauan saudara jangan diambil secara serius.

“Anggaplah pertanyaan mereka hanya modal untuk membuka bicara perbualan tanpa sebarang niat yang lain,” katanya malam tadi.

Advertisements

Selain itu, PHM juga memberikan saranan untuk tidak merajuk dan bermasam muka dengan orang orang tua, kerana mungkin itu Syawal terakhir untuk bersama mereka.

“Ambil ruang bermaaf maafan sebagai lembaran baru jika ada konflik antara keluarga sebelum ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, PHM turut memberi nasihat untuk golongan berusia untuk tidak bertanyakan soalan yang sensitif.

“Akhir sekali makcik dan pakcik semu , janganlah tanya soalan soalan yang sensitif dan menjatuhkan maruah seseorang.

“Pegang prinsip, “orang tak cerita, kita jangan bertanya”. Lebih aman kesihatan mental semua orang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan