25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Ustaz Wadi Annuar perlu hadir atau waran tangkap dikeluarkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) menegaskan pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub tetap dikehendaki hadir untuk diambil keterangan di pejabat jabatan, 2 Mei ini.

Ia hadapan berhubung siasatan penyertaan beliau pada program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang, di sini, pada 30 Mac lalu tanpa mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis.

MenurutPengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim, perubahan tarikh berkenaan yang sepatutnya dilaksanakan pada 17 April lalu terpaksa diubah selepas Wadi Annuar sendiri memohon penangguhan beberapa tarikh sesi siasatan yang ditetapkan oleh JAIPs.

“JAIPs menerima beberapa pertanyaan daripada orang ramai dan pihak media berhubung sesi siasatan dengan Wadi Annuar yang sebelum ini dijadualkan pada 17 April lalu namun Wadi Annuar memohon penangguhan beberapa tarikh sesi siasatan berdasarkan alasan yang dikemukakan kepada JAIPs.

“Kita menegaskan bahawa siasatan terhadap beliau akan tetap diteruskan pada 2 Mei bersamaan Selasa hadapan dan tindakan undang-undang termasuk pelaksanaan waran tangkap akan diambil sekiranya arahan ini tidak dipatuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, pendakwah kontroversi itu sudah beberapa kali diminta untuk hadir ke pejabat JAIPs di Kangar untuk diambil keterangannya mengenai program pada akhir bulan lalu itu yang dilakukan tanpa mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis.

Malah, satu laporan polis juga dibuat di Balai Polis Kangar oleh JAIPs selepas anggota penguat kuasa dihalang oleh penganjur daripada bertemu dengan Ustaz Wadi yang mahu mengambil keterangan berhubung tindakan memberi ceramah di negeri ini.

Mufti Perlis yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis Jabatan Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini turut menegur pendakwah itu yang didakwa bagaikan mempersendakan peraturan serta titah oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengenai keperluan untuk mendapatkan tauliah terlebih dahulu daripada penguasa agama Islam di negeri itu sebelum memberikan sebarang ceramah mengenai agama Islam di setiap masjid atau surau di Perlis.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan