24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pencipta kandungan kreatif perlu beretika elak kontroversi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENCIPTA kandungan kreatif perlu lebih bertanggungjawab dengan mempraktikkan kawalan kendiri daripada berkongsi kandungan kontroversi demi klik dan tular. 

Penyanyi dan komposer, Damian Mikhail berkata, dalam era di mana sesiapa sahaja boleh menjadi pencipta kandungan, adalah amat penting merujuk kepada garis panduan kandungan bagi mengelak kecaman dan tindak balas orang ramai. 

“Ini berpunca daripada sikap merendah diri dan rasa tanggungjawab. Sebaik-baiknya kita keluar dari ‘mentaliti kelompok’ yang berlaku pada sesetengah orang awam. 

“Kita sepatutnya berfikiran kritikal dan analitikal apabila berlaku sesuatu kejadian,” katanya ketika menjadi ahli panel forum bertajuk ‘Let’s Talk Content – Isu-isu Agama Viral: Menyangkal Yang Dangkal’.

Forum tersebut merupakan anjuran Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) dan stesen radio Astro, Zayan.

Antara panel jemputan dan hos dalam forum itu termasuk penyanyi dan komposer, Damian Mikhail; penyampai radio Zahan, Faizal Ismail; penceramah bebas, Ustazah Suriani Ismail dan pengacara televisyen, Amin Idris.

Antara garis panduan yang dimaksudkan adalah Kod Kandungan 2022, yang menggariskan amalan terbaik untuk mencipta dan menggunakan kandungan yang merentasi semua medium. 

Advertisements

Garis panduan ini juga memberi amaran terhadap kandungan palsu atau mengelirukan dan mengehadkan pengekalan perkara tidak benar yang boleh menyebabkan ketakutan yang tidak berasas.

Dalam pada itu, Ustazah Suriani berkata, pengguna media sosial digesa merenung sesuatu isu atau situasi sebelum terlibat dalam perbincangan digital yang hangat. 

Mengambil contoh perdebatan memuat naik juadah berbuka di media sosial yang disifatkan sebagai menunjuk-nunjuk.

Ustazah Suriani berkata, berdasarkan hadis, perbuatan tersebut hendaklah dinilai dengan niatnya.

 “Pengalaman berdepan para asnaf, apa yang dijual hari ini, belum tentu boleh pulang modal. Media sosial menjadi medan pemasaran. 

“Berdasarkan hadis Nabi, “Sesungguhnya segala apa yang kita buat bergantung kepada niat”. Apabila kita mempunyai adab dan akhlak, kita akan menghormati perasaan orang lain,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan