Wednesday, June 24, 2026

Son Heung-min pemain Asia pertama jaring 100 gol EPL

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BINTANG Tottenham Hotspur, Son Heung-min mencipta sejarah dengan menjadi pemain Asia pertama meledak 100 gol di Liga Perdana Inggeris selepas meledak gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Brighton di Stadium Tottenham Hotspur, London pada malam tadi. 

Pemain Korea Selatan itu mencapai rekod itu dengan sepakan lencong untuk meletakkan Tottenham di depan pada babak pertama perlawanan.

Brighton yang kini berada di prestasi terbaik yang membawa mereka memburu slot kejuaraan Liga Europa menyamakan kedudukan melalui Lewis Dunk di minit ke-79 

Harry Kane menjaring gol kemenangan buat Spurs untuk kekal pemburuan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Heung-min turut menghadiahkan gol bersejarahnya itu kepada mendiang datuknya serta berharap lebih pemain Asia mengikut jejak langkahnya.

“Menjaringkan 100 gol dalam EPL merupakan perkara luar biasa. Saya amat beremosi kerana saya melalui waktu sukar sepanjang beberapa minggu lalu.

“Datuk saya meninggal dunia dan ia bukan mudah. Saya harap dapat mengirimkan jaringan ini kepadanya.

“Saya harap semua pemain Asia terutama di Korea Selatan dapat melihat pencapaian ini dan percaya mereka juga boleh melakukannya,” katanya kepada BBC. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan