27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

GVT perkenal van elektrik komersial di pasaran tempatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGEDAR jenama Higer di Malaysia, GVT Sdn Bhd (Syarikat kumpulan Go Auto) memperkenalkan van elektrik komersial terbaharunya, Go Auto-Higer Ace E1 di pasaran Malaysia.

Go Auto-Higer Ace E1 yang juga van komersial elektrik pertama jenama berkenaan hadir dengan spesifikasi 5.4-meter 70kWh dengan dua pilihan iaitu van penumpang van kargo.

Pada masa sama, unit pertama Go Auto-Higer Ace E1 ini sudah diserahkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada penghujung tahun lalu.

Pengarah Eksekutif GVT Sdn Bhd, Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan menyerahkan dua unit van elektrik ini kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan juga empat lagi unit baharu bagi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi serta melanjutkan insentif pengecualian cukai bagi kenderaan elektrik di Malaysia di mana bagi CKD sehingga 2027 manakala CBU sehingga 2025.

“Ini bakal merancakkan lagi segmen kenderaan elektrik di Malaysia, dalam usaha bangkit semula bagi fasa pasca COVID-19.

“Sejajar dengan maklumbalas serta permintaan yang tinggi dari pihak pelanggan, GVT bakal menawarkan versi Automatik pada penghujung tahun ini, jadi kita minta bakal pembeli untuk terus kekal mengikuti perkembangan semasa kami,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Hadir dengan 15 tempat duduk serta kapasiti bateri 70kWh ianya mampu bergerak sejauh 300km dengan satu isian penuh (berdasarkan kepada “New European Driving Cycle”).

Go Auto-Higer Ace E1 mengguna pakai bateri jenis Lithium ion dari CATL. CATL merupakan antara syarikat pembuat bateri terbesar, mempunyai pasukan servis selepas jualannya di Malaysia, yang mana ini merupakan satu kekuatan dalam pemilihan komponen utama oleh pihak Higer.

Advertisements

Manakala charging inletnya pula menggunakan CCS2 DC dan Type-2 AC (Standard Antarabangsa).

Dari segi dimensi, Go Auto-Higer Ace E1 memiliki 1,880mm (lebar), 2,335mm (tinggi), 5,380mm (panjang) selain memiliki jarak roda 3,110mm.

Antara ciri-ciri lain yang ada pada Go Auto-Higer Ace E1 termasuklah rim aloi bersaiz 16-inci bersama tayar 215/75, LCD TV 8-inci, paparan DVD (Android Player), kamera undur dan banyak lagi.

Go Auto-Higer Ace E1 dijual pada harga bermula RM268,888 dan di mana setiap pembelian juga didatangkan dengan pengecas mudah alih dengan kapasiti 7kW secara percuma.

Dari aspek waranti, Go Auto-Higer Ace E1 didatangkan dengan 5 tahun jaminan kilang atau 150,000km (mana tiba dahulu) bersama bateri selama 5 tahun atau 200,000km (mana tiba dahulu).

GVT mempunyai 88 rangkaian servis selepas jualan bagi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Selaku pengedar kenderaan komersial di bawah syarikat kumpulan Go Auto, mereka juga memasarkan bus elektrik serta diesel jenama Higer dan Yutong. Sehingga kini, mereka telah pun membekal bus elektrik kepada TNB, serta bus diesel kepada beberapa agensi kerajaan dan universiti antaranya MINDEF, MARA, RELA dan UTHM.

Maklumat lanjut mengenai Go Auto-Higer Ace E1, sila layari laman web www.goautovan.my atau ikuti sosial media di Go Auto Van. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan